Bangunan SRK JK2

Bangunan SRK JK2

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang diberkatiNya.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa'.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Sunday, August 22, 2010

Korang Ingat Lagi Tak Gambar Ni?




Dalam gambar ni, ada How Wee Teck, Charles Beh, Wan Zahurin, Sia Ai Vy, Juwita, Faizal Kadir, Rozana dan ramai lagi.

Thursday, August 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa @ Reunion JKS2 1983-1988 di Restoran Tony Roma's, Pavillion, Kuala Lumpur Pada 18 Ogos 2010

Assalamualaikum dan apa khabar semua,

Alhamdulillah. Majlis berbuka puasa @ reunion JKS2 telah berjaya diadakan pada 18 Ogos 2010 dengan sedikit perubahan iaitu dari Restoran Nelayan Titiwangsa ke Restoran Tony Roma's, Pavillion, Kuala Lumpur.



Sambutan agak menggalakkan di mana kira-kira 14 orang rakan kita telah hadir. Antara yang hadir ialah Dahlan, Johan, How Wee Teck, Lim Kok Beng, Charles Beh, saya, Norzaihan, Mariam, Wan Zahurin, Sia Ai Vy, Nur Faradina, Sim Wai Kuen, Catherine dan Ravinder Kaur.





Erwan, Riza Alwi, Faizal Kadir. Juwita, Norzaisyimawati, Intan Hazna, Razalina, Azimah Hanim, Yusmahani dan ramai lagi tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.







Apa-apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan diharapkan reunion yang seterusnya akan dihadiri lebih ramai lagi rakan-rakan kita dan lebih meriah.


Selamat berpuasa dan semoga kita bertemu lagi.

Saturday, August 14, 2010

Sesi Berbuka Puasa 2010

Assalamualaikum semua,

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan menjalani ibadah puasa semula dalam bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah ini.

Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merapatkan silaturrahim kita dengan mengadakan sesi berbuka puasa bersama pada 18 Ogos 2010 ini.

Tempat yang saya cadangkan adalah Restoran Nelayan Titiwangsa.



Kepada rakan-rakan yang berminat, sila datang terus ke restoran tersebut pada hari tersebut. Jumpa di sana.

Nota: Tertakluk kepada maklum balas rakan-rakan sekelian. Sebarang pindaan akan dimaklumkan segera.



Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



KAMAL
016-6470651

Tuesday, February 23, 2010

Selamat Menyambut Maulidurasul 1431H

Assalamualaikum semua,

Selamat Menyambut Maulidurasul 1431H.

Bersama-samalah kita mencari keredaan dan rahmat Allah Taala sebanyak mungkin.

Sunday, February 14, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan

'Selamat Menyambut Tahun Baru Cina' kepada semua yang berkenaan.

Pesanan saya,berhati-hatilah ketika memandu dan ingatlah yang tersayang.

Kepada sesiapa yang ada cadangan yang agak istimewa untuk aktiviti kita tahun ni, silalah kemukakan melalui blog ini.

Terima kasih.

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada kawan-kawan semua.

Sesiapa yang ada cadangan nak buat open house, bagiler tau di dalam blog ni.