Bangunan SRK JK2

Bangunan SRK JK2

Sunday, August 22, 2010

Korang Ingat Lagi Tak Gambar Ni?




Dalam gambar ni, ada How Wee Teck, Charles Beh, Wan Zahurin, Sia Ai Vy, Juwita, Faizal Kadir, Rozana dan ramai lagi.

Thursday, August 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa @ Reunion JKS2 1983-1988 di Restoran Tony Roma's, Pavillion, Kuala Lumpur Pada 18 Ogos 2010

Assalamualaikum dan apa khabar semua,

Alhamdulillah. Majlis berbuka puasa @ reunion JKS2 telah berjaya diadakan pada 18 Ogos 2010 dengan sedikit perubahan iaitu dari Restoran Nelayan Titiwangsa ke Restoran Tony Roma's, Pavillion, Kuala Lumpur.



Sambutan agak menggalakkan di mana kira-kira 14 orang rakan kita telah hadir. Antara yang hadir ialah Dahlan, Johan, How Wee Teck, Lim Kok Beng, Charles Beh, saya, Norzaihan, Mariam, Wan Zahurin, Sia Ai Vy, Nur Faradina, Sim Wai Kuen, Catherine dan Ravinder Kaur.





Erwan, Riza Alwi, Faizal Kadir. Juwita, Norzaisyimawati, Intan Hazna, Razalina, Azimah Hanim, Yusmahani dan ramai lagi tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.







Apa-apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan diharapkan reunion yang seterusnya akan dihadiri lebih ramai lagi rakan-rakan kita dan lebih meriah.


Selamat berpuasa dan semoga kita bertemu lagi.

Saturday, August 14, 2010

Sesi Berbuka Puasa 2010

Assalamualaikum semua,

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan menjalani ibadah puasa semula dalam bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah ini.

Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merapatkan silaturrahim kita dengan mengadakan sesi berbuka puasa bersama pada 18 Ogos 2010 ini.

Tempat yang saya cadangkan adalah Restoran Nelayan Titiwangsa.



Kepada rakan-rakan yang berminat, sila datang terus ke restoran tersebut pada hari tersebut. Jumpa di sana.

Nota: Tertakluk kepada maklum balas rakan-rakan sekelian. Sebarang pindaan akan dimaklumkan segera.



Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



KAMAL
016-6470651