Bangunan SRK JK2

Bangunan SRK JK2

Sunday, November 25, 2007

Reunion SRK Jalan Kuantan 2 (1983-1988)


Assalamualaikum dan apa khabar semua,

Alhamdulillah dan bersyukur kami ke hadrat Allah kerana pada 24/11/2007 yang lalu, kami telah dapat berkumpul semula untuk beramah mesra di Avenue K, Jalan Ampang.

Seingat saya, ini adalah pertemuan kedua secara formal selepas pertemuan yang dibuat pada tahun 2000 dulu. Dah 7 tahun rupanya. Masih baru lagi rasanya.

Pertemuan kali ini dianjurkan oleh Johan. Dalam pertemuan terbaru ini, beberapa rakan kita telah hadir iaitu Mariam, Wan Zahurin, Yusmahani, Shahrom, Johan, How Wee Teck, Juwita, Sia Ai Vy, Norzaihan, Nur Faradina sekeluarga, Riza Alwi dan siapa lagi ye? Maaflah kalau tertinggal nama. Nanti, saya masukkan balik.

Tapi, tahun 2000 dulu lagi ramai yang hadir. Antaranya Dahlan, Norzaisyimawati, Fairuz Tumari, Faizal Kadir, Lily Shaida, Sim Wai Kuen, Erwan Manan dan ramai lagilah. Di manala korang sekarang agaknya ye?

Alhamdulillah, setakat ni nampaknya ramai di antara kita yang telah berjaya dengan karier dan hidup masing-masing. Kepada rakan-rakan yang kurang berjaya, tak mengapa... Kita orang masih inginkan korang datang pada sesi reunion yang akan datang.

Jumpa lagi atau hantarkan cerita-cerita terkini.

Hantarkanlah nombor telefon anda dan komen anda untuk menjadikan blg ini lebih menarik.

Sekian.

KAMAL (E-mail: thub98@yahoo.com)