Bangunan SRK JK2

Bangunan SRK JK2

Tuesday, September 30, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Untuk Semua

Kalau dilipek sebosar kuku,
Kalau dibontang sebosar alam,
Kok ilang dicaghi,
Kok hanyut dipinteh,
Kok tenggolam disolam,
Datang biarla nampak muko,
Kok poei biarla nampak belakang,
Jauh diimbau,
Dokek digamit,
Seuntai salam,
Sejambak kato,
Salam Aidilifitri,
Maaf Zahir dan Batin.

KAMAL

Saturday, August 30, 2008

Komen kawan-kawan



intan said...
Assalamualaikum..Wah..seronok betul kawan-kawan kita ni naik cruise ye..kami yang mendengar pun cam terbayang-bayang menaikinya sama. Tapi ingatkan leh tengok gambar..apapun yang aku tau 'BEST'terutamanya geng2 ramai yang join...
August 4, 2008 1:31 PM


Anonymous said...
salam.seronot dengar pengalaman kengkawan semua. Yup. memang terkilan sikit tak dapat join but next time, Insay Allah saya cube join xtvt kite.Juwita.
August 7, 2008 11:54 AM


Erwan said...
a'kum & salam sejahtera...lama gak sy try nk comment tp xdpt nk appear kat skrin..ni cuba lg..mgkn sy buta i.t kot..:-)mmg seronok dpt naik cruise, mcm org jakun pon ade...hehehe.. next time kalo ade lg sy suggest u all pegi tp kalo bleh ambik cabin.. tkut ssh nk tido kalo xde cabin...anyway, bln ramadhan ni dah dkt sgt..kwn2 ade plan x nk buat buka puasa ngan kwn2 yg lain? kalo ada, bg lah suggestion leh ajak kwn2 yg bkn beragama islam join skali..bleh diorg rasa suasana berbuka nnti...sama2 kita pk kan..hope to hear from u all..take care..salam..Erwan..
August 25, 2008 12:21 PM


Assalamualaikum semua,

Maaflah lagi sekali sebab aku lambat response. Komputer aku problem pulak daaaa...

Kat atas ni ada sikit gambar aku ngan Erwan masa dalam cruise hari tu.

Oklah. Sebagai menyahut cadangan Erwan tu, sesiapa yang ada cadangan untuk bulan puasa ni, bolehlah bagi tau dalam blog ni yek?

KAMAL

Sunday, August 3, 2008

Cruise Wasa Queen 26/7/2008

Assalamualaikum semua,

Minta maaflah sebab lambat menulis tentang cruise tempoh hari sehingga membuatkan semua tertunggu-tunggu. Sibuk sangat sejak balik cruise ni.

Sebenarnya, saya ada sedikit masalah dengan gambar-gambar cruise hari tu sebab nak dijadikan cerita, kamera saya buat hal pulakhari tu. Gambar tak sharp sebab lense ada problem. Cuma boleh snap dalam video mode sahaja. Itu pun last minute, masa kapal dah nak berlabuh. Gambar yang kira ok ada pada Erwan. Nantilah saya usahakan untuk dimasukkan gambar-gambar tu. Nak masukkan video, memori besar sangat pulak.

Secara umumnya, cruise tu memang menariklah ( jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan). Kami tiba di Star Cruise terminal dalam pukul 5 petang. Kami menaiki cruise tersebut lebih kurang pada jam 7.15 malam dan berlabuh semula di Pelabuhan Klang keesokan paginya iaitu lebih kurang pada jam 7.30 pagi. Makanan disediakan sebanyak 3 kali. Makan malam, makan tengah malam dan minum pagi.

Kapal ni setinggi 8 tingkat. Tapi, Cuma 5 tingkat sahaja yang dibuka sepenuhnya kepada pelanggan. 3 tingkat lagi untuk krew kapal sahaja.

Dalam cruise ni ada 2 buah restoran, kabin, video game arcade, karaoke terbuka, live band, kedai kecil dan macam-macam lagi.

Secara amnya, cruise ni kira oklah. Yang tak bestnya cuma sebab kami tidak tempah bilik. Jadi, terpaksalah kami melepak di dek kapal dan berjalan-jalan di dek kapal sehingga pagi.Rasa kelakar pun ada. Macam pelarian pulak rasanya.

Mula-mula, kami ingat kami sahaja penumpang tanpa bilik. Kami terpaksa memikul beg yang kami bawa ke sana dan ke mari. Nasib baiklah beg tak berat sebab memang dah bajet kena pikul beg dalam kapal nanti.

Tapi, bila dah tengah malam, kami tengok ramai lagi yang masih berkeliaran di dalam kapal, di dek, sofa-sofa di tempat awam dan lain-lain. Rupa-rupanya, kami ada ramai lagi kawan yang senasib.

Macam mana pun, dapatlah kami menikmati pemandangan Pelabuhan Klang semasa kapal bergerak ke laut antarabangsa. Angin malam juga nyaman semasa kapal bergerak.

Kami pun mulalah berbual mengenai pengalaman menaiki kapal sebelum ini, pengalaman melancong ke luar negara dan juga pengalaman di sekolah bersama korang semua, berhenti sembahyang kejap, sambung berbual lagi sehinggalah jam 12 malam sambil menghadap laut. Lepas tu, gi minum pulak kat atas kapal ni. Tengok TV, tengok orang menyanyi, tengok orang bergambar, berjalan lagi di atas dek sehingga tak larat, lepak di sofa di tempat persembahan terbuka dan tidur sehinggalah keesokan paginya.

Jika dibandingkan dengan pengalaman-pengalaman kami sebelum ini, kami rasa berbaloi juga pengalaman menaiki cruise ni. Sebab perjalanan ni cuma mengambil masa semalaman sahaja dan harganya pun berpatutan. Jika nak naik cruise yang lebih best dan berjalan jauh sedikit, harga sebenar ditawarkan Star Cruise adalah sekitar RM 3000++ untuk 2 orang berserta kabin untuk 3 malam.


Bagi yang suka program ala-ala explorace tu, pengalaman bermalam di atas kapal ni kira oklah.

Nantilah, kalau ada reunion nanti,aku tunjukkan teruslah gambar video ni kat orang semua. Insya Allah.
KAMAL
3/8/2008

Saturday, July 12, 2008

Cara-cara nak beri komen dalam blog ni

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Kali ni aku nak tunjukkan cara-cara nak beri komen kepada blog ni untuk tatapan semua (atas permintaan pembaca).

Alternatif 1:

Langkah 1:

Klik pada perkataan ‘comment’ di akhir blog (sebelah ikon sampul surat). Satu skrin kecil akan terpapar.

Langkah 2:

Taipkan komen di dalam kotak leave your comment.

Langkah 3:

Taipkan perkataan yang diberi (perkataan berwarna yang ditulis secara condong) ke dalam kotak ‘word verification’.

Langkah 4:

Klik pada butang ‘Name/URL’ dan taipkan nama di dalam kotak ‘Name’. Biarkan kosong untuk kotak ‘URL’.

Langkah 5:

Klik butang ‘Publish Your Comment’ dan komen anda akan dihantar ke blog ini.


Untuk menyemak komen anda sama ada ianya sudah dimasukkan kedalam blog atau tidak, klik pada perkataan ‘comment’ seperti Langkah 1 di atas dan komen anda akan dipaparkan.


Alternatif 2:

Jika anda masih tidak jelas dan mengalami kesukaran untuk menghantar komen, saya cadangkan agar gunakan sahajalah guestbook yang telah saya sediakan di atas gambar water filter di sebelah kanan blog ini. Klik imej 'guestbook' yang berwarna biru itu dan hantarkan komen anda. Tidak perlu masukkan nama url anda jika anda tiada laman web atau blog.


Alternatif 3:

Jika masih mengalami kesukaran, bolehlah cuba klik di ikon sampul surat bersebelahan perkataan 'comment' tu dan anda bolehlah menghantar e-mail kepada saya melalui ikon tersebut.


Selamat mencuba!

KAMAL
12/7/2008

Tuesday, July 8, 2008

18 hari lagi

Assalamualaikum dan apa khabar semua?


Berjumpa lagi kita.


Kita cuma ada 18 hari sahaja lagi dari sekarang untuk menaiki Cruise. Seronoknya!


Walau pun ramai yang berminat untuk menaiki Cruise ini, tapi, ramai juga yang tidak dapat turut serta kerana pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan. Ada juga yang bimbang akan pening di dalam kapal nanti dan sebagainya. Ada yang nak exam. Ada yang perlu menghadiri kenduri pada tarikh tersebut. Ada yang anaknya tidak sihat pada masa ini dan sebagainya. Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar rakan kita ni berjaya dalam peperiksaannya, sembuh anaknya dan lain-lain.


Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang akan turut serta belayar dalam cruise pada 26/7/2008 ini.


Jangan lupa. Kita perlu adadi pelabuhan 3 jam sebelumbelayar….


Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membaca blog dan menyebarkan blog ini dan juga pembaca yang memberi maklum balas sama ada melalui komen, telefon atau pun email.


Oklah. Sebenarnya, dulu, saya pun risau juga nak naik kapal ni terutamanya kapal-kapal yang boleh dikategorikan kecil seperti feri langkawi dan sebagainya kerana kalau tak kena gayanya, saya akan pening juga.


Apa tidaknya, saya duduk di bahagian hadapan feri. Rupa-rupanya, ini bergantung kepada posisi tempat duduk kita dan cara pemanduan pengemudi feri atau kapal juga. Salah satu tipsnya ialah, sebaiknya, kita janganlah duduk di bahagian hadapan kapal kerana bahagian ini akan sering terlambung apabila feri atau kapal membelah ombak. Hasilnya, kita akan pening. JAdi, duduklah di bahagian belakang kapal.


Macam naik kereta juga. Kalau pemandu asyik memecut dan brek mengejut terutamanya di selekoh atau naik bukit, boleh pening juga kan? Bergantung kepada kemahiran pemandu juga.


Atas sebab inilah saya menangguhkan niat saya sekian lama untuk melancong ke Pulau Tioman kerana bimbangkan perjalanan bot atau feri yang lama. Yang peliknya, sepanjang perjalanan ke Pulau Tioman dengan menaiki bot atau feri, saya tidak pening langsung. Malahan, ianya suatu perjalanan yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi setelah terlihat laut dan pantai Pulau Tioman yang indah dan mempesonakan setelah lebih satu jam berada di dalam feri atau bot.
Sejak itu, saya semakin berminat untuk menaiki feri, bot atau kapal yang besar.


Yang pastinya, saya tak pernah pening apabila naik feri Pulau Pinang. Alhamdulillah.


Pengalaman saya yang paling menarik berkenaan kapal ini setakat ini ialah ketika menaiki cruise selama 4 hari di luar negara yang mana saya mendapat kabin yang dilengkapi balkoni. Cruise ini setinggi 14 tingkat dan singgah berhenti di beberapa negara.
Pada masa itu, saya terfikir alangkah seronoknya kalau saya dapat bawa semua orang yang saya sayangi dan kenali menaiki cruise bersama saya pada waktu itu.


Tapi apakan daya........ belum cukup kaya........


Pengalaman yang lebih kurang sama rasanya mungkin dapat dicapai dengan menaiki kapal Star Cruise seperti Star Cruise Libra, Gemini dan sebagainya. Itu pun, masih kecil jika dibandingkan cruise yang pernah saya naiki itu. Jadi, sebagai permulaan, tidak perlulah kita target kapal yang besar-besar dahulu. Marilah, kita target kapal-kapal yang sederhana seperti Wasa Queen dahulu.


Di dalam cruise yang saya naiki itu, ada kolam renang, gelanggang bola tampar, dewan pertunjukan, ruangan beli-belah, dewan makan, dewan pertunjukan, gelanggang dan sebagainya. Dalam Wasa Queen, tidak ada kolam renang dan gelanggang. Tapi, kabinnya menarik jugak dan ada restoran.


Setakat ini, saya dimaklumkan oleh Star Cruise bahawa untuk Cruise sekitar 3 hari belayar dari Port Klang ke Phuket, Langkawi dan sebagainya, promosi yang ditawarkan adalah sekitar RM 1970 untuk 2 orang berserta kabin. Pelayaran ini dijadualkan sekitar Mac 2009 ini.


Saya jangkakan yang cruise ini lebih menyeronokkan kerana ianya akan singgah berhenti di tempat-tempat ini setelah lama belayar.


KAMAL
8/7/2008

Saturday, July 5, 2008

Rozan

Rozana Mohd Mahfudz said...
Heheh...raser2 abang2 dan kakak2 yang sezaman dengan abang kamal ni ada adik2 yang sezaman dengan saya kan(Rozana a.k.a Rozan) batch 1986-1991. Ha silala promote kat adik masing2 plak...

Thursday, July 3, 2008

Berjumpa semula, Feroze Abd. Karim

Assalamualikum, aku tak tau la kalau korang ingat aku lagi tak...Feroze Abd Karim..aku dpt tau blog ni pun dari Intan Hazna...ya Allah..aku ingat mmg dah lost contact abis la dgn geng JKS2..aku tgk nama2 yg ada kat sini...senyum lebar aku...anyway berbalik kepada reunion tu aku harap aku dpt join..paling awl aku leh bg confirmation is by saturday..pasal aku maybe ade commitment keje during period yg korang plan tu...ok tak kamal?..hehe..ko ingat lagi ke aku? aku pun dah tak cam ko yg mana satu :)


W'salam,

Aku ok je. Aku ingat lagi kau. Alhamdulillah dan baguslah kita semua dapat berhubung semula. Memang iniler tujuan aku wujudkan blog ni iaitu supaya kita semua dapat berhubung semula.

Terima kasih Intan kerana tolong promote blog ni kat member-member kita. Kalau korang ada contact atau terjumpa lagi member-member kita di luar sana tu, promote lah masuk blog ni. Mudah-mudahan reunion kita nanti akan bertambah meriah dan lebih bermakna. Tambah-tambah lagi Raya Puasa pun dah nak dekat. Bolehlah buat announcement kat blog ni kot-kot ada hajat nak buat rumah terbuka ke, kenduri ke dan macam-macam lagi.

Apa khabar kau sekarang, Feroze?

Aku seronok dapat berjumpa dan berhubung dengan korang semua.

Untuk makluman semua, Ai Vy dan Sim Wai Kuen pun ada plan nak buat reunion di A Famosa atau Sunway Lagoon tak lama lagi.

Ok. Nanti, aku update lagi berita terkini!

KAMAL
3/7/2008

Monday, June 30, 2008

Berita Terkini Reunion

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan semua?

Aku rasa, tarikh reunion kita ni mungkin perlu diubah kepada 26/7/2008.

Ini kerana pada 19/7/2008 tu, tiada kabin (bilik) yang kosong.

Harga Rm70 seorang itu hanya boleh kita dapat jika kita bayar melalui internet.

Untuk buat bayaran secara berkumpulan, kita perlu bayar sebanyak RM 98 seorang.

Bayaran ini termasuk makan dan tidak termasuk bilik.

Jika hendak bawa anak, perlu tempah kabin (bilik).

Harga satu kabin (untuk 2 orang termasuk anak) ialah RM 396.

Jadi, pada 26/7/2008, masih ada banyak bilik yang kosong.

Tapi, jika tidak bawa anak.aku cadangkan kita tempah 2 bilik sahaja (satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan) untuk simpan barang, solat atau berehat.

2 bilik ini untuk kegunaan semua orang.

Jadi, tolong bagi maklum balas secepat mungkin (sebelum Rabu, 2/7/2008) melalui sms atau email jika korang nak bawa suami, isteri, anak atau lain-lain. Boleh?

Ok atau tidak cadangan ni?

KAMAL
30/6/2008
E-mail: thub98@yahoo.com

Update Reunion 2008

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan semua,

Setakat ni, aku hanya ada nombor Riza, Mariam, Shima, Intan, Sia Ai Vy,How Wee Teck, Erwan, Faizal Kadir, Rashidi, Wan Nazim, Sharom, Johan, Norzaihan, Azimah Hanim, Juwita, Wan Zahurin, Lily Shaida, Sim Wai Kuen dan Razalina. Semua nombor yang ada ni aku dah contact tapi Lily tak reply lagi. Mungkin dah tukar nombor kot? Sesiapa yang dapat contact Lily, tolonglah sampaikan ye?

Aku takde nama Yusmahani, Faisal Sulaiman, Fairuz, Dahlan, Dina dan lain-lain. Boleh korang tolong sampaikan berita ni kat dia orang dan semua kawan-kawan kita yang lain juga (Contohnya: Zuraimi, Hanizam, Sofian, Ikram, Kalsom, Shahrizal dll.)?

Hari ni, aku cadang nak check ngan Genting untuk bayaran berkumpulan, kalau bolehlah. Sebab, setakat ni, laman web dia orang hanya benarkan bayaran secara bersendiri sahaja.

Bagi yang tiada kad kredit, bayaran menggunakan kad debit pun sepatutnya boleh diterima, asalkan ada logo Master Card atau VISA di atas kad tu.

Kalau boleh bayar in group, minta tolong bank in duit kat aku secepat mungkin.

Untuk maklumat lanjut mengenai rupa bentuk kapal, kemudahan dan sebagainya, korang bolehlah lawat http://www.starcruises.com/


Oklah, jumpa lagi untuk berita terkini.

Kamal,
30/6/2008.
Email: thub98@yahoo.com

Friday, June 27, 2008

Reunion bersama Star Cruise, Wasa Queen

Reunion bersama Star Cruise, Wasa Queen

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan semua,

Aku dah check web site Star Cruise.Kalau kita cepat bertindak, kita akan dapat rebut tawaran menarik daripada Star Cruise untuk Julai 2008 ni.

Untuk Julai 2008 ni, Star Cruise ada buat offer untuk salah satu kapalnya iaitu Wasa Queen yang mana kita hanya perlu bayar dalam RM 70 untuk seorang. Harga biasanya kalau tak silap aku ialah Rm 600 seorang.

Kapal ni akan bergerak pada 19/7/2008 ni. Ia bertolak dari Port Klang jam 8.30 malam hari Sabtu dan akan tiba semula di Port Klang keesokan paginya.

Maklumat terperinci(rupa bentuk kapal, kemudahan kapal), booking dan bayaran boleh dibuat secara on line melalui laman web Star Cruise di www.starcruises.com

Walau bagaimana pun, ini semuanya hanya perancangan sebab jadi tak jadinya reunion ni bergantung kepada kepantasan kita membuat tempahan tiket untuk Julai 2008 ni iaitu selagi tiket masih ada.So, kalau boleh kita cepatkanlah sikit proses bayaran kita. Ok?

Kalau dah bayar, harap dapat email bukti pembayaran kepada aku. Ok. Bolehlah aku tahu siapa yang jadi pergi dan siapa tak jadi pergi.

Setakat ni, maklum balas yang aku terima menggalakkan.Riza kata setuju. Erwan pulak nak tengok berapa orang jadi pergi dulu. Norzaihan nampak positif nak pergi. Dia kata, kalau ada 10 orang nak pergi oklah. Ai Vy, Mariam ngan Johan belum jawab lagi.Intan pula katanya akan confirm balik.Minta tolong korang contact Lily, Shima, Fairuz Tumari, Wee Teck, Sim Wai Kuen, Juwita, Yusmahani dan lain-lain. Boleh? K

alau boleh, aku nak dia orang ni semua bagi maklum balas secepat boleh. Barulah meriah lagi, betul tak?Aku rasa untuk offer ni, kabin ngan makan mungkin tak masuk.

Camne pun, nantilah aku cuba pertimbangkan maklum balas semua. Kalau dah dapat info terkini, aku akan tulis dalam blog ni.Aku cadang nak dapatkan kata putus semua Isnin ni. Bukan apa, takut terlambat nanti offer dah habis.Oklah. Harap-harap korang setuju.

Kalau dapat masak ramai-ramai ats kapal tu lagi best kan? Buat BBQ ke apa ke kan?Tak sabar rasanya nak jumpa korang atas kapal ni.

Sama-samalah kita bagi program ni jadi yek?Jika ada apa-apa yang hendak dikongsikan, silakan komen di ruangan komen.

KAMAL 27/6/2008Email: thub98@yahoo.com

Jumpa semula

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan semua?

Maaflah sebab dah lama takmenulis dalam blog ni.
Aku menulis balik ni pun sebab ada sedikit berita terkini.
Korang ingat lagi tak kat Intan Hazna?
Ni yang aku nak cerita ni. Aku dah dapat contact dia balik.
Seronok betul aku. Seronoknya lebih kurang samalah macam bila aku dapat contact Riza Alwi balik masa aku nak kahwin dulu.
Nasib baik Mariam ada nombor dia. Terima kasihler, Yam.

Aku ingat si Intan ni dah duduk luar Negara. Rupanya ada di Malaysia lagi dan tak jauh pun. Rupa-rupanya,dia pun mencari kita semua dan selalu jugak jenguk-jenguk ke JKS2.

Takpelah. Memandangkan aku dah dapat contact dia semula, aku pun ajaklah dia join reunion kita nanti. Bolehlah kita semua jumpa balik kan?

Bercakap tentang sesi reunion kita ni,aku ingat nak buat sedikit kelainanlah.
Aku cadangkan kita semua bermalam di mana-mana resort tepi laut ke, bukit ke dan yang sewaktu dengannya. Lepas tu, kita adakan BBQ, sesi bercerita ke, jemput penceramah motivasi ke,menyanyi ke dan macam-macam lagi. Apa kata korang cadangkan tempat?
Kalau tak nak buat kat darat, kita mungkin boleh adakan sesi bercuti sambil naik kapal macam Star Cruise ke dan sebagainya. Naik kapal best tau…

Setakat hari ni,kalau aku tak silap, tambang Star Cruise ni untuk sesi satu malam pelayaran, sekitar RM600 seorang. Tapi, kena naik di Singapura. Ok tak agaknya?
Selain Intan ni,aku nak teringin jugak nak jumpa Affendi, Ikram, Zuraimi, Kalsom dan lain-lain.

Kalau korang ada terjumpa dia orang ni, bagilah tau pasal blog ni dan reunion kita.
Lagi satu cadangan aku,kita mungkin boleh buat macam kelab ke yang mana kita akan adakan kutipan duit secara bulanan untuk aktiviti kita. Contohnya macam untuk jamuan raya nanti ke, harijadi, berniaga dan sebagainya.

Apa komen korang? Ok tak?

KAMAL 27/6/2008