Bangunan SRK JK2

Bangunan SRK JK2

Tuesday, July 8, 2008

18 hari lagi

Assalamualaikum dan apa khabar semua?


Berjumpa lagi kita.


Kita cuma ada 18 hari sahaja lagi dari sekarang untuk menaiki Cruise. Seronoknya!


Walau pun ramai yang berminat untuk menaiki Cruise ini, tapi, ramai juga yang tidak dapat turut serta kerana pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan. Ada juga yang bimbang akan pening di dalam kapal nanti dan sebagainya. Ada yang nak exam. Ada yang perlu menghadiri kenduri pada tarikh tersebut. Ada yang anaknya tidak sihat pada masa ini dan sebagainya. Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar rakan kita ni berjaya dalam peperiksaannya, sembuh anaknya dan lain-lain.


Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang akan turut serta belayar dalam cruise pada 26/7/2008 ini.


Jangan lupa. Kita perlu adadi pelabuhan 3 jam sebelumbelayar….


Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membaca blog dan menyebarkan blog ini dan juga pembaca yang memberi maklum balas sama ada melalui komen, telefon atau pun email.


Oklah. Sebenarnya, dulu, saya pun risau juga nak naik kapal ni terutamanya kapal-kapal yang boleh dikategorikan kecil seperti feri langkawi dan sebagainya kerana kalau tak kena gayanya, saya akan pening juga.


Apa tidaknya, saya duduk di bahagian hadapan feri. Rupa-rupanya, ini bergantung kepada posisi tempat duduk kita dan cara pemanduan pengemudi feri atau kapal juga. Salah satu tipsnya ialah, sebaiknya, kita janganlah duduk di bahagian hadapan kapal kerana bahagian ini akan sering terlambung apabila feri atau kapal membelah ombak. Hasilnya, kita akan pening. JAdi, duduklah di bahagian belakang kapal.


Macam naik kereta juga. Kalau pemandu asyik memecut dan brek mengejut terutamanya di selekoh atau naik bukit, boleh pening juga kan? Bergantung kepada kemahiran pemandu juga.


Atas sebab inilah saya menangguhkan niat saya sekian lama untuk melancong ke Pulau Tioman kerana bimbangkan perjalanan bot atau feri yang lama. Yang peliknya, sepanjang perjalanan ke Pulau Tioman dengan menaiki bot atau feri, saya tidak pening langsung. Malahan, ianya suatu perjalanan yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi setelah terlihat laut dan pantai Pulau Tioman yang indah dan mempesonakan setelah lebih satu jam berada di dalam feri atau bot.
Sejak itu, saya semakin berminat untuk menaiki feri, bot atau kapal yang besar.


Yang pastinya, saya tak pernah pening apabila naik feri Pulau Pinang. Alhamdulillah.


Pengalaman saya yang paling menarik berkenaan kapal ini setakat ini ialah ketika menaiki cruise selama 4 hari di luar negara yang mana saya mendapat kabin yang dilengkapi balkoni. Cruise ini setinggi 14 tingkat dan singgah berhenti di beberapa negara.
Pada masa itu, saya terfikir alangkah seronoknya kalau saya dapat bawa semua orang yang saya sayangi dan kenali menaiki cruise bersama saya pada waktu itu.


Tapi apakan daya........ belum cukup kaya........


Pengalaman yang lebih kurang sama rasanya mungkin dapat dicapai dengan menaiki kapal Star Cruise seperti Star Cruise Libra, Gemini dan sebagainya. Itu pun, masih kecil jika dibandingkan cruise yang pernah saya naiki itu. Jadi, sebagai permulaan, tidak perlulah kita target kapal yang besar-besar dahulu. Marilah, kita target kapal-kapal yang sederhana seperti Wasa Queen dahulu.


Di dalam cruise yang saya naiki itu, ada kolam renang, gelanggang bola tampar, dewan pertunjukan, ruangan beli-belah, dewan makan, dewan pertunjukan, gelanggang dan sebagainya. Dalam Wasa Queen, tidak ada kolam renang dan gelanggang. Tapi, kabinnya menarik jugak dan ada restoran.


Setakat ini, saya dimaklumkan oleh Star Cruise bahawa untuk Cruise sekitar 3 hari belayar dari Port Klang ke Phuket, Langkawi dan sebagainya, promosi yang ditawarkan adalah sekitar RM 1970 untuk 2 orang berserta kabin. Pelayaran ini dijadualkan sekitar Mac 2009 ini.


Saya jangkakan yang cruise ini lebih menyeronokkan kerana ianya akan singgah berhenti di tempat-tempat ini setelah lama belayar.


KAMAL
8/7/2008

No comments:

Post a Comment