Bangunan SRK JK2

Bangunan SRK JK2

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada kawan-kawan semua.

Sesiapa yang ada cadangan nak buat open house, bagiler tau di dalam blog ni.

Friday, August 14, 2009

Reunion JKS2 di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur Pada 13 Ogos 2009

A'kum dan apa khabar semua?

Alhamdulillah. Semalam, 13 Ogos 2009, perancangan untuk mengadakan sesi reunion bersama kawan-kawan telah berjaya diadakan sekali lagi. Seramai 6 orang rakan telah hadir termasuk saya. Antara yang hadir ialah Wan Zahurin, Sia Ai Vy , Sim Wai Kuen, Nurfaradina, Wan Mohd Nazim dan saya.

Johan tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Begitu juga dengan Erwan. Beliau berada di Penang atas urusan kerja dan mengirim salam. Riza pula berada di China. Norzaihan pula menyambut hari jadi anaknya. Norzaisyimawati pula sedang di dalam pantang bersalin dan Intan Hazna pula ada urusan lain. Mariam dan Jwita pun pun ada hal. Yang lain-lain tu, kalau aku terlupa sebut tu, maafkanlah ye? Dahlan, Faizal Kadir, Fairuz Tumari, Faisal Sulaiman dan lain-lain tidak dapat dihubungi.

Takpelah kan? Yang penting, ada rakan kita yang tahu tentang sesi ini. Jika ada rakan yang dapat menghubungi mereka yang tidak dapat dihubungi ni, silalah sampaikan berita terbaru kita ni ye?

Bukan apa, cadang-cadangnya, bulan Ramadhan ni, kita nak mengadakan sesi berbuka puasa di area Subang atau Shah Alam. Detail, kami akan confirm kemudian. Datanglah beramai-ramai nanti ye?

Oklah, di bawah ini disertakan beberapa foto sesi reunion yang diadakan di restoran Tony's Roma, Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


Dari kiri: Wan Zahurin, Nurfaradina, Sia Ai Vy, Sim Wai Kuen, saya dan Wan Mohd Nazim


Aksi ambil gambar sendiri oleh Wan Nazim


Dari kiri: Nurfaradina, Sim Wai Kuen, Sia Ai Vy, Wan Zahurin, saya dan Wan Mohd Nazim

Jika korang terjumpa blog ni, maklumkanlah kat rakan kita yang lain dan tinggalkanlah no telefon dan email korang di ruangan komen untuk kita orang hubungi nanti.

Semoga korang semua sihat selalu dan semoga kita berjumpa lagi.


KAMAL

Monday, August 3, 2009

Reunion pada 13 Ogos 2009

A’kum dan apa khabar semua?

Bertemu lagi kita. Cerita terbaru bunyinya begini.

Kami bercadang untuk mengadakan sesi reunion pada 13 Ogos 2009 (Khamis) ni bertempat di Pavilion KL jam 5.30 ptg ke atas. Semua dijemput hadir. Sila sahkan kehadiran kepada Ai Vy atau saya sebelum atau pada 11 Ogos 2009 ini.

Sempena bulan puasa yang akan dating ni, ada juga cadangan dari rakan kita untuk mengadakan sesi berbuka puasa di Shah Alam atau Subang. Ada sesiapa nak join?

Oh ye, satu lagi. Ada visitor senior blog kita yang menjemput kita semua untuk melayari blog beliau di http://kasawari7.blogspot.com/2009/06/masih-ingat-lagi.html

Jika ada kelapangan, silalah surf ye?

Korang semua ingat lagi tak lagu ni? Lagu ni banyak betul kenangannya kat kita semua kan?

Majulah
Maju Jaya
Sekolah Yang Berjasa
Mendidik Putera Puteri Malaysia
Berbakti Untuk Negara

Semangat Berusaha
Disiplin Yang Mulia
Amalkan Sentasa
Seiring Sekata
Bersendi Rukun Negara

Majulah SRJK
Sekolah Jalan Kuantan 2
Curahkan Bakti
Untuk Semua
Majulah Sekolah Kita


KAMAL

Thursday, May 21, 2009

Apa cerita?

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Nape semua senyap je? apa aktiviti kita untuk tahun ini?