Assalamualaikum dan apa khabar semua,
Alhamdulillah. Majlis berbuka puasa @ reunion JKS2 telah berjaya diadakan pada 18 Ogos 2010 dengan sedikit perubahan iaitu dari Restoran Nelayan Titiwangsa ke Restoran Tony Roma's, Pavillion, Kuala Lumpur.

Sambutan agak menggalakkan di mana kira-kira 14 orang rakan kita telah hadir. Antara yang hadir ialah Dahlan, Johan, How Wee Teck, Lim Kok Beng, Charles Beh, saya, Norzaihan, Mariam, Wan Zahurin, Sia Ai Vy, Nur Faradina, Sim Wai Kuen, Catherine dan Ravinder Kaur.


Erwan, Riza Alwi, Faizal Kadir. Juwita, Norzaisyimawati, Intan Hazna, Razalina, Azimah Hanim, Yusmahani dan ramai lagi tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.


Apa-apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan diharapkan reunion yang seterusnya akan dihadiri lebih ramai lagi rakan-rakan kita dan lebih meriah.

Selamat berpuasa dan semoga kita bertemu lagi.